OUR PRIME MINISTER

OUR PRIME MINISTER
Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

SATU MALAYSIA

SATU MALAYSIA
"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Rabu, 26 Mei 2010

Al - Fatihah............



Allahyarham Sharifah Nur Hidayah Bte Pengiran Syed Hj. Hasnan Al - Hanis......dalam kenangan(1995 - 2006).


Setangkai Anggerik Bunga,

Yang Hampir Gugur Layu,

Kini Segar Kembali,

Entah Mengapa…….

Bunga Anggerik Yang Kusayang,

Kini Tersenyum Berdendang,

Bila Engkau Berduka,

Matahari Tak Bersinar Lagi……






BUNGA ANGGERIK


Hatiku Untukmu,

Hanyalah Untukmu,

Ku Serahkan Diriku Ini,

Oh Kasihku Dewiku,

Hatiku Untukmu,

Ku Serahkan,

Diriku Ini……










Bagai Embun Pagi Hari,

Bunga – Bunga Segar Lagi,

Berkembang Harapan Hati,

Hari Bahagia menanti…………….




SEMOGA ALLAH MERAHMATINYA DAN DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG - ORANG YANG BERIMAN....AMIN....

Bekas ADUN Paya Jaras meninggal dunia


26/05/2010 2:49pm

KUALA LUMPUR 26 Mei – Bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Paya Jaras, Datuk Sulaiman Samad, 58, meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas di rumahnya di Bukit Rahman Putra di sini pagi ini.



Pemuda UMNO Perak desak Vell Paari minta maaf

26/05/2010 12:52pm

IPOH 26 Mei - Pergerakan Pemuda UMNO Perak hari ini mendesak anak Presiden MIC, S. Vell Paari meminta maaf secara terbuka kepada Presiden UMNO berikutan tuduhan liar yang dibuat terhadap parti itu.

Sambil menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak `masuk akal', ketuanya, Maslin Sham Razman berkata, permohonan maaf perlu bagi menjamin perpaduan di kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN).

Tegas beliau, Vell Paari tidak sepatutnya menuding jari kepada orang lain dengan masalah kepimpinan yang dihadapi MIC, sebaliknya membantu menyelesaikan kemelut tersebut dengan cara lebih bijak.

``Pemuda UMNO Perak kesal dengan kenyataan Vell Paari yang jelas tidak menghormati semangat perpaduan di kalangan parti komponen BN selama ini,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.




010 2:50pm

KUALA TERENGGANU 26 Mei - Sebuah pesawat ringan jenis Diamond 40 yang dipandu seorang pelatih juruterbang bersama jurulatihnya mendarat cemas di Pantai Tok Jembal dekat sini hari ini setelah enjin pesawat itu mengalami masalah.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira-kira 10.45 pagi itu, pelatih berkenaan, Shafiq Haizam Mohd Kamil, 19, dan jurulatihnya yang merupakan warga Myanmar Naing Myint Khine, 46, daripada Asia Pacific Flight Training di Kota Baharu, Kelantan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Shafiq Haizam yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan berkata beliau berlepas kira-kira pukul 8.11 pagi untuk menjalani rutin latihan biasa penerbangan dari Kota Baharu ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Terengganu.

"Sampai di LTSM, kami berpatah balik ke Kota Baharu dan ketika berada di ketinggian kira-kira 3,000 meter dari paras laut di kawasan Batu Rakit, enjin pesawat tiba-tiba mati.

"Saya cuba menghidupkan semula enjin pesawat berkenaan namun gagal menyebabkan penerbangan itu diambil alih oleh jurulatih sebelum kami mendarat cemas di kawasan Pantai Tok Jembal,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Isnin, 24 Mei 2010

Kedudukan tasauf dalam Islam



Tidak lengkap agama seseorang tanpa rukun Islam, iman dan ihsan.


PADA minggu ini marilah kita memahami di mana letak duduknya tasauf dalam kerangka agama kita. Setiap Muslim perlu benar-benar memahami bahawa agama Islam itu terdiri daripada tiga rukun iaitu Islam, iman dan ihsan.

Setiap rukun saling perlu memerlukan dalam mencapai kesempurnaan al-Din (agama) seseorang manusia. Tidak lengkap agama seseorang tanpa ketiga-tiga rukun tersebut.

Pembahagian agama ini telah disebut di dalam hadis Jibril a.s yang masyhur dan panjang itu. Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa dialog antara baginda SAW dan Jibril a.s adalah untuk mengajar tentang al-Din agama itu sendiri.

Dalam hadis tersebut, rukun ihsan telah dijelaskan oleh Nabi SAW sebagai: Ihsan itu adalah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu. (riwayat Muslim dan Imam Ahmad dalam Musnadnya)

Hadis ini menjelaskan tentang rukun-rukun dalam agama. Sangat wajarlah jika hadis ini yang sering ditekankan di tengah masyarakat agar mereka memperoleh tasawur (world view) yang lebih lengkap tentang agama.

Sebaliknya, terlalu menekankan hadis tentang bidaah akan memberi kesan yang berbeza.

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah (691 H - 751 H) mensyarahkan perkataan al-Harawi di atas dengan katanya: "Asal tarekat adalah untuk menyempurnakan makrifat, melazimkan muraqabah kepada Allah dalam setiap gerak geri, hembusan nafas dan langkah sehingga hati dikuasai oleh kebenaran dan terputus darinya segala hubungan keduniaan".

Daripada sini, dapat difahami bahawa rukun ihsan itu terbahagi kepada dua tahap iaitu muraqabah dan musyahadah.

Di dalam hadis di atas, musyahadah (kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya), disebut sebelum muraqabah (sekiranya kamu tidak melihat-Nya, maka Allah memandang kamu).

Ini menunjukkan ketinggian dan kemuliaan musyahadah melebihi muraqabah.

Dalam suluk atau perjalanan kerohanian tasauf dan peningkatan tahapnya atau dikenali juga sebagai makam, biasanya dimulai dengan muraqabah. Dengan berterusan atas muraqabah, seseorang itu akan diwariskan pula dengan musyahadah.

Keselarian sifat dua makam utama dalam ilmu tasauf ini dengan rukun ihsan jelas menunjukkan bahawa tasauf menempati kedudukan yang sangat asasi dalam agama kita.

Tasauf sebagai hakikat agama

Tasauf sebagai rukun ihsan juga turut diistilahkan oleh para ulama bahawa ialah adalah hakikat agama. Cuma harus diingat, penggunaan istilah hakikat di sini adalah dalam konteks yang khusus dan bukannya dengan erti sesuatu yang berlawanan dengan dakwaan atau gambaran.

Tasauf sebagai hakikat agama difahami sebagai salah satu dimensi dan rukun yang tidak terpisah dengan syariat. Hakikat dan syariat bukannya saling bercanggah sebaliknya berjalan seiringan dan saling memerlukan.

Dalam hal ini, telah masyhur kata-kata Imam Malik r.a: "Sesiapa yang belajar tasauf tetapi tidak mempelajari ilmu fikah (dan tauhid), maka ia adalah zindiq. Sesiapa yang belajar ilmu fikah (dan tauhid) tetapi tidak belajar tasauf maka ia adalah fasik, dan sesiapa yang mengumpulkan kedua-duanya maka ia adalah ahli hakikat".

Golongan yang pertama dikira zindiq kerana hanya memandang kepada hakikat tanpa disertai dengan syariat.

Golongan yang kedua dianggap fasik kerana tidak masuk ke dalam hatinya cahaya ketakwaan, rahsia keikhlasan, peringatan muraqabah dan jalan muhasabah sehingga dia tidak mengenal pasti maksiat yang dilakukan.

Golongan yang ketiga menjadi ahli hakikat kerana dia mengumpulkan kesemua rukun agama; iaitu iman, Islam dan ihsan sebagaimana yang dihimpunkan di dalam hadis Jibril di atas. (Al-Muhaddith Abdullah al-Ghumari, Al-I'lam Bianna al-Tasauf min Syariah al-Islam, H: 25)

Melihat tasauf sebagai hakikat agama juga disandarkan oleh para ulama kepada hadis Muaz ibn Jabal r.a yang telah dikeluarkan Abu Nu'aim r.a di dalam Hilyah al Auliya' daripada Anas ibn Malik r.a, bahawa Muaz ibn Jabal bertemu Rasulullah SAW, maka nabi SAW bersabda: "Bagaimanakah keadaan kamu pada pagi ini, wahai Muaz?" Jawab Muaz r.a, "Aku pada pagi ini benar-benar beriman kepada Allah SWT". Sabda Rasulullah SAW,

"Sesungguhnya setiap perkataan ada tanda kebenarannya, setiap kebenaran ada hakikatnya, maka apakah tanda kebenaran yang kamu katakan?" Jawabnya, "Wahai Nabi Allah! Tidaklah aku berpagi-pagi pada setiap pagi, melainkan aku menyangka bahawa usiaku tidak sampai ke petang, dan tidaklah aku berpetang-petang melainkan aku menyangka bahawa umurku tidak akan sampai ke Subuh. Tidaklah aku melangkah dengan satu langkah melainkan aku menyangka bahawa aku tidak akan berkesempatan melangkah seterusnya dan aku seolah-olah sedang melihat sekalian umat yang sedang duduk diseru melihat kitabnya (buku catatan amalan masing-masing untuk dihisab) bersamanya ada nabinya dan berhala-berhala yang telah mereka sembah selain Allah, dan seolah-olah aku sedang melihat kepada balasan azab ahli neraka dan balasan pahala ahli syurga".

Sabda Baginda SAW, "Engkau telah mengetahuinya, maka teruskanlah (apa yang telah diamalkan oleh Muaz r.a tersebut sehingga dikurniakan nikmat yang disebutkan di atas)".

Kita mencadangkan di sini bahawa kunci kepada memahami tasauf adalah dengan mendekatinya sebagai ilmu yang menghuraikan rukun ihsan dan hakikat agama kita.

Dengan izin-Nya, kita akan mengembangkan perbincangan tentang perkara ini dengan turut mengaitkannya dengan satu lagi istilah yang sangat rapat dengan tasauf dan sering menjadi punca kekeliruan iaitu tarekat.

Isnin, 17 Mei 2010

Barisan Nasional tetap tunaikan janji - PM

PUTRAJAYA 17 Mei - Barisan Nasional (BN) akan tetap menunaikan janji-janji yang telah diumumkan oleh kerajaan kepada rakyat semasa kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana kerajaan tidak melihat pilihan raya itu sebagai satu titik penamat terhadap dasar-dasar yang dilaksanakan.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, segala apa yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, dirinya sendiri atau mana-mana pemimpin BN sebelum ini akan ditunaikan.
''Sebahagian telah pun ditunaikan sama ada ia melibatkan masyarakat Iban, Melayu, Melanau, bumiputera atau Cina. Dan sama ada muslim atau Kristian dan sebagainya, itu kita tidak membeza-bezakan.


''Mana yang kita sudah janji kita akan terus tunaikan. Kita tidak melihat pilihan raya kecil itu sebagai satu titik kesudahan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan kali Kedua di sini hari ini.
Beliau memberikan reaksi demikian ketika mengulas kegagalan BN untuk mempertahankan kerusi Parlimen Sibu apabila calonnya, Robert Lau Hui Yew tewas kepada Wong Ho Leng dari DAP dengan majoriti 398 undi pada pilihan raya tersebut semalam.
Dalam pertandingan tiga penjuru itu, Ho Leng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek mendapat 18,845 undi, Hui Yew memperoleh 18,447 manakala calon Bebas Narawi Haron mendapat 232 undi dan 395 undi rosak.


Muhyiddin berkata, walaupun kecewa dengan keputusan itu, BN tetap akur kerana ia adalah pilihan rakyat.


Menurutnya, BN akan meneliti punca kegagalan parti itu untuk mempertahankan kerusi Parlimen tersebut dan mengadakan perbincangan dengan pihak BN di Sarawak.
''Lebih kepada post mortem (bedah siasat), kita hendak nilai dari segi prestasi jentera yang ada dan pendekatan yang kita gunakan.


''Sebelum ini, dikatakan di Sarawak suasananya tidak serupa di Semenanjung tetapi daripada apa yang kita lihat, ia tidak berbeza dari segi sentimen dan kehendak pengundi," katanya.
Justeru, kata beliau, pendekatan yang akan digunakan pastinya adalah yang lebih sesuai dan BN akan mengambil perhatian untuk berbincang dengan pihak BN di Sarawak.













ISU PENGUNDI CINA DI SIBU...

KEPUTUSAN Pilihan Raya kecil di Sibu berpihaK kepada DAP. Keputusan itu menyimpang daripada status quo kerana kerusi P212 Sibu diisytiharkan kosong selepas Ahli Parlimen Barisan Nasional lima penggal, Robert Lau Hoi Chew meninggal dunia pada 9 April 2010.

Pilihan Raya kecil yang berlangsung kelmarin juga merupakan yang ke sebelas sepanjang dua tahun selepas pilihan raya umum pada Mac 2008. Bermula di Permatang Pauh pada Ogos 2008, diikuti dengan di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau, Manek Urai, Penanti, Permatang Pasir, Bagan Pinang dan Hulu Selangor; kesemuanya berpihak kepada gabungan parti pembangkang kecuali dua keputusan pilihan raya kecil yang terakhir berpihak kepada BN serta kemenangan di Batang Ai.

Apakah kekalahan Barisan Nasional (BN) di Sibu merupakan petunjuk yang berbeza dengan kemenangan di Hulu Selangor? Adakah kemenangan DAP yang bertanding buat kali pertama di pilihan raya kecil sejak 2008 menunjukkan parti tersebut mendapat kepercayaan pengundi?

Adakah pengundi juga mula serik dengan politiking yang berlebih-lebihan sepanjang tempoh masa berkempen sehingga kadar peratusan yang keluar mengundi jauh daripada jangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Hanya 59.86 peratus atau 32,742 pengundi berdaftar keluar mengundi. Jumlah undi pos pula adalah 2,537.

Ia memaparkan seolah-olah wujud sifat alienasi ke atas politik yang terbukti dengan kadar peratusan yang amat rendah walaupun dalam pilihan raya umum 2008, peratusan pengundi adalah 68 peratus daripada 53,679 jumlah pengundi berdaftar. Pada tahun 2004, yang keluar mengundi adalah 62.8 peratus. Dalam pilihan raya negeri 2006, yang keluar mengundi adalah 63.7 peratus. Purata yang keluar mengundi sebelum ini adalah sekitar 64.7 peratus.

Peratusan ini dianggap rendah kerana dipengaruhi oleh beberapa sebab, antaranya pendirian bahawa pilihan raya tidak mempunyai makna ke atas mereka atau wujud tanggapan pilihan raya tidak dapat membawa perubahan; pengangkutan dari kawasan penempatan yang jauh, pengundi bekerja di luar Sibu atau protes ke atas pihak tertentu.

Dalam pilihan raya tahun 2008, calon BN menang dengan majoriti 3,235 undi selepas memperolehi 19,138 undi berbanding dengan calon DAP, Wong Ho Leng (15,903 undi) dan Lim Chin Chuang PKR (812 undi). Ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di bawah kerusi Parlimen ini iaitu Bawang Assan, Pelawan dan Nangka turut dimenangi oleh BN dalam pilihan raya negeri 2006.

Calon BN yang kalah Robert Lau Hui Yew telah memberikan saingan hebat kepada calon DAP Wong Ho Leng yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek dan pernah bertanding dalam pilihan raya 2008 di Sibu. Pilihan raya kecil ini juga menyaksikan calon Bebas, Narawi Haron bertanding semula kerana beliau pernah bertanding dalam pilihan raya 1995. Pengundi Cina adalah hampir 67 peratus daripada demografi pemilih berdaftar di P212 diikuti Melayu/Melanau sebanyak 10.5 peratus dan Bumiputera Sarawak 22 peratus.

Sepanjang kempen pilihan raya, pelbagai isu telah dijadikan sebagai bahan kempen. Malahan kedua-dua parti cuba mempengaruhi pengundi berdasarkan kepada isu lokal, negeri dan isu nasional Semenanjung.

Pertembungan pilihan raya kecil sebelum ini yang dilihat menguji personaliti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berlaku di Sibu. Sibu menjadi pertembungan untuk meraih sokongan pengundi Cina dan DAP yang majoriti ahlinya merupakan masyarakat Cina meletakkan calon mereka.

Yang memenangkan DAP adalah peratusan pengundi Cina yang keluar mengundi tinggi berbanding dengan kumpulan etnik lain. Kemenangan DAP juga dipengaruhi oleh peratusan keluar mengundi dalam kalangan pengundi atas pagar yang berkecenderungan untuk memangkah berdasarkan kepada isu.

Kebetulan isu yang dilontar dalam pilihan raya kecil kali ini banyak bersandarkan kepada persoalan hak sebagai pengundi untuk menunjukkan protes walaupun pengundi akur tidak dapat mengubah kerajaan dengan hanya sekadar menang di Sibu.

Politik adalah persepsi dan kegagalan BN untuk menukar persepsi yang dibawa oleh pembangkang menyebabkan strategi BN masih di takuk yang sama.

Isu keetnikan dan agama dibawa dalam kempen. Ia menjadi pertembungan SUPP dan DAP yang kedua-duanya mahu menjadi jaguh masyarakat Cina. SUPP perlu membuktikan dalam pilihan raya kecil ini bahawa ia relevan untuk masyarakat Cina setelah kehilangan enam kerusi negeri kepada DAP yang telah menunjukkan prestasi yang baik dalam pilihan raya negeri 2006.

Pengundi Cina yang merangkumi hampir 67 peratus demografi pengundi di Sibu sebenarnya merupakan safe deposit DAP, misalnya di kawasan Palawan yang majoritinya adalah pengundi Cina, DAP memperolehi 11,000 undi berbanding BN 5,000 undi. Malahan, dianggarkan undi Cina meningkat sebanyak 10 peratus berpihak kepada DAP berbanding pilihan raya 2008. Ini kerana DAP memobilisasi isu agama, hak kebudayaan, pendidikan, keadilan, salah laku seperti nepotisme, kronisme rasuah, ekonomi serta pekerjaan dan banjir.

Pembunuhan karakter tidak terkecuali ke atas calon BN dan Tan Sri Taib Mahmud yang telah 29 tahun menjadi Ketua Menteri. Dominasi keluarga beliau ke atas ekonomi negeri dan hegemoni PBB menjadi modal DAP dan masyarakat Cina di sini tidak lagi memberi keutamaan ke atas isu pembangunan.

Isu perkataan 'Allah' menjadi mainan politik tanpa memikirkan sensitiviti antara etnik menyebabkan ia menjadi dominan; juga provokasi isu pembakaran 5,000 kitab Injil di Semenanjung.

Mengapakah SUPP gagal menangkis serangan sedemikian rupa atau membiarkan isu tersebut mendapat perhatian umum? DAP meneruskan agenda pilihan raya sebagaimana yang dilaungkan dalam pilihan raya kecil sebelum ini iaitu 'Sibu4Change, Jom Ubah', walaupun bagi BN perubahan sudah berlaku dan BN mampu berubah.

Strategi DAP jelas mirip kepada usaha untuk menumbangkan kerajaan Gerakan di Pulau Pinang pada Mac 2008 dengan sentimen populis dan usaha meraih sokongan bersifat protes jelas pada saat-saat akhir sebelum waktu kempen berakhir. Jika pengundi membanjiri Chung Hin di Pulau Pinang pada 7 Mac 2008; masyarakat Cina khususnya berpusu-pusu memenuhi ruang legar Hotel Paramount pada 15 Mei 2010.

Pengundi Cina terus menghantui strategi BN dan yang jelas, mereka menjadi kingmaker dalam mana-mana pilihan raya. Pengundi Cina tidak akan berganjak dalam suasana apabila mereka sedar akan menjadi 'penentu' dalam konteks hala tuju kepimpinan dan pentadbiran negara. Yang nyata, baik di Bukit Gantang, Hulu Selangor mahupun Sibu, trend pola pengundian pengundi Cina telah memenangkan calon gabungan parti pembangkang dan melemahkan kekuatan BN.

Walaupun Najib menghampiri pengundi dan jujur untuk membangunkan kedudukan di Sarawak sejak beliau mengambil alih teraju kepimpinan negara, ternyata itu tidak cukup bagi pengundi Cina khususnya.

Walaupun ramai menyoal perbelanjaan dana oleh BN termasuk RM18 juta untuk sekolah vernakular aliran Cina, beliau akur dengan meminta pengundi bantu calon partinya. Ketara, sokongan pengundi Cina tidak berubah untuk terus memberi sokongan kepada DAP.

BN yang banyak bergantung kepada pengundi pengundi Iban dan Melayu Melanau juga perlu menilai semula dan menghalusi kemerosotan sokongan pengundi ini sehingga mempengaruhi pola pengundian dan kadar peratusan yang keluar mengundi.

Undi DAP meningkat sebanyak 2,942 undi manakala bagi BN, ia merosot sebanyak 691 undi jika perbandingan dilakukan ke atas pencapaian keputusan Mac 2008 dan Mei 2010.

Ini sekali gus menunjukkan bahawa tanpa sokongan pengundi Cina, BN yang selama ini bergantung kepada sokongan mantap pengundi Iban dan Melayu Melanau akan berada dalam keadaan kritikal. Di Hulu Selangor, calon BN menang dengan sokongan pengundi Melayu dan India. Bermakna, petanda kekalahan BN menjurus kepada persoalan selama manakah pengundi Cina akan meneruskan trend pengundian sedemikian rupa dan apakah pakatan pembangkang akan terus memobilisasi sokongan masyarakat Cina untuk meraih sokongan?

Dalam perubahan pendekatan BN untuk memenangi semula pengundi Cina, adakah pakatan pembangkang pula akan cuba mendekati pengundi Melayu? Politik sudah tidak mengenali sensitiviti mana-mana kelompok etnik atas nama mahukan kemenangan; masih terikat dengan garis perkauman.

Keputusan pilihan raya dan strategi kempen akan dinilai semula oleh kedua-dua parti kerana semangat dan pendekatan yang sama akan digunakan dalam pilihan raya negeri. Terikat dengan amalan konvensional dengan hanya bergantung kepada trek rekod lama perlu diubah.

Yang penting, jentera parti tidak perlu menunggu sehingga Najib datang. Faktor Najib harus menjadi 'pemangkin' tetapi pasukan parti harus lebih teliti dari segi perancangan dan kejayaan bergantung kepada semangat berpasukan.

Strategi dengan kepelbagaian pendekatan ke atas isu semasa penting untuk disesuaikan dengan kumpulan sasar yang berbeza apatah lagi hari ini anak yang berpendidikan mempunyai tendensi yang tinggi untuk mempengaruhi ibu bapa mereka dan bukan disebaliknya. Bagi SUPP, walaupun tewas, ini bukan luar biasa. Bagi DAP walaupun menang, ini bukan kemenangan selesa.

Keputusan Sibu bukan penolakan berlaku ke atas pentadbiran Najib tetapi bersifat protes ke atas kepimpinan negeri yang masih leka dengan sumbangan besar dalam pilihan raya umum lalu.

Bagi DAP, kemenangan ini memberikan legitimasi moral ketika gabungan parti pembangkang berhadapan dengan krisis kepimpinan parti gabungannya.

Safe deposit BN di Sarawak sedikit tergugat dengan keputusan 16 Mei 2010 tetapi jauh daripada itu, keputusan tersebut boleh digunakan untuk menilai semula kekuatan sebenar masing-masing untuk berhadapan dengan ujian sebenar dalam pilihan raya kerajaan negeri yang perlu diadakan tidak berapa lama lagi.

Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian ialah Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia













Isu tempatan pengaruhi pengundi Sibu sokong DAP

Adat dalam pertandingan - ada menang, ada yang kalah. Barisan Nasional (BN) menerima kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu dengan hati terbuka.

Calon DAP, Wong Ho Leng berjaya menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew dengan kelebihan 398 undi bagi kerusi yang sebelum ini diwakili oleh BN.

Tidak perlu menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya menilai dan memperbaiki kelemahan yang dihadapi. Oleh itu BN kena cari di mana faktor kelemahan yang menyumbang kepada kekalahan tipis 398 undi itu.

Apa yang BN patut lakukan sekarang seperti yang disarankan oleh Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ialah mengkaji segala kekurangan yang mungkin wujud dan melakukan pembaharuan dan penambahbaikan termasuk kepada jentera BN.

BN melalui Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta anggota Kabinet Persekutuan dan Negeri Sarawak semua turun membantu calon berkempen di Sibu, tetapi pada akhirnya yang menentukan untung nasib ialah pengundi.

BN kena terima keputusan itu. Sebagai sebuah parti yang berpegang kepada prinsip demokrasi berparlimen maka keputusan pengundi adalah muktamad dan perlu dihormati.

Penolakan pengundi Sibu dipercayai ada sebab. Apakah faktor yang menyumbang kepada kekalahan BN di Sibu? Adakah isu nasional, isu tempatan atau isu negeri?

Sentimen isu-isu tempatan dikatakan menjadi faktor penolakan itu.

Isu tempatan seperti pembangunan dan pertumbuhan fizikal Sibu yang kebanyakannya adalah hasil usaha kepimpinan BN dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), komponen parti Barisan Nasional (BN) yang bertanding menentang DAP dalam pilihan raya kecil itu tidak berkesan. Strategi jentera BN masih bergerak pada kaedah dan cara lama.

Begitu juga kempen mengenai jasa-jasa BN dalam pembinaan jalan dan jambatan, kemudahan awam, taman dan kawasan hijau, sistem trafik, pelebaran terminal lapangan terbang Sibu dan juga pendidikan sudah tidak memikat hati pengundi Sibu.

Sebaliknya DAP mengambil kesempatan dengan memainkan isu tanah dan pengagihan kekayaan di Sarawak untuk mengapi-apikan kemarahan dan kebencian pengundi Sibu yang majoritinya adalah kaum Cina.

Ramai penyokong BN tidak keluar mengundi pun perlu dicari sebabnya.

Adakah ia berpunca daripada rasa tidak senang pengundi terhadap SUPP? Berdasarkan kenyataan Presidennya Tan Sri Dr. George Chan, lebih 50 peratus pengundi berasa tidak senang dengan SUPP. Jadi anggota SUPP perlu turun ke akar umbi untuk mengetahui puncanya.

Kalau inilah faktor kekalahan BN, maka isu-isu peringkat nasional sebenarnya tidak banyak mempengaruhi minda pengundi Sibu.

Ini bermakna pengundi Sibu tidak menolak pembaharuan dan perubahan dasar yang dibawa oleh Perdana Menteri. Mereka mungkin tidak berpuas hati dengan isu-isu tempatan dan negeri.

Oleh itu, menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak, parti komponen BN perlu jadikan kekalahan di Sibu sebagai iktibar untuk bangkit semula dengan semangat dan kekuatan baru.

Ahad, 9 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU

KEPADA SEMUA YANG MELIHAT DAN MENGIKUTI WEBLOG INI, SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU.

SEMOGA HARI IBU PADA TAHUN INI ADALAH MERUPAKAN HARI IBU YANG PALING BERMAKNA.