OUR PRIME MINISTER

OUR PRIME MINISTER
Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

SATU MALAYSIA

SATU MALAYSIA
"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Isnin, 27 September 2010

ADUN Galas meninggal dunia

KOTA BHARU 27 Sept. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Chek Hashim Sulaima, 46, yang menghidap barah paru-paru meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira pukul 4.30 petang ini.

Pegawai Khasnya, Tuan Hassan Tuan Sulaiman berkata, Allahyarham dimasukkan ke hospital tersebut sejak lima hari lalu selepas mengikuti rawatan tradisional sejak 14 September lalu di sekitar Kuala Lumpur.

"Chek Hashim telah dibawa ke Kuala Lumpur pada hari raya kelima lalu, bagaimanapun keadaannya bertambah kritikal sebelum meninggal dunia hari ini.

"Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru sebelum dibawa pulang ke Kampung Kerinting, Galas, Gua Musang untuk dikebumikan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Allahyarham Chek Hashim meninggalkan dua isteri iaitu Che Bongsu Junuh dan Aida Zakaria, 49, serta 12 anak berusia antara enam bulan hingga 19 tahun.

Chek Hashim disahkan menghidap penyakit barah paru-paru sejak Mei tahun lalu pernah menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Allahyarham pernah cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 36 Jalan Gua Musang-Kuala Krai pada 21 Mac 2008.

Turut cedera parah dalam kemalangan tersebut ialah isterinya, Aida Zakaria dan anaknya, Amasha, 2 tahun.

Chek Hashim menjadi ADUN Galas pada Pilihan Raya Umum 2008 selepas menewaskan penyandangnya dari Barisan Nasional (BN), Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Pada Pilihan Raya Umum 2004, Allahyarham tewas kepada Mohamad Saufi dengan majoriti 1,729 undi.

Anak kelahiran Kuala Betis, Gua Musang itu mula menceburkan diri dalam bidang politik sejak di bangku sekolah apabila menjadi pemimpin pelajar di Sekolah Menengah Agama (Arab) Tarbiah Mardziah, Panchor, Pengkalan Chepa.

Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang agama ke Pakistan dan Afghanistan sebelum pulang dan menyertai Pas.

Chek Hashim juga pernah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas negeri dan kini memegang jawatan Yang Dipertua Pas Kawasan Gua Musang.

Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa ketika ditemui selepas selesai melaksanakan solat jenazah di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur, mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan berharap mereka reda dengan ketentuan tersebut.

Sementara itu, Isteri pertamanya, Che Bongsu, 49, pula berkata, Allahyarham sempat menyampaikan pesanan kepadanya agar menjaga anak-anak dengan baik.



Al - Fatihah kepada Allahyarham.........Semoga Allah Merahmatinya....

Pendatang haram Yahudi keras kepala

Pendatang haram Yahudi keras kepala


KAWASAN penempatan haram Yahudi di Revava berdekatan kampung Salfit di Tebing Barat, Palestin. – AP


BAITULMAQDIS 26 Sept. – Pendatang haram Yahudi mengangkut peralatan pembinaan ke sebuah kawasan penempatan yang terletak jauh di tengah Tebing Barat, sebagai persiapan untuk memecah tanah di sebuah projek perumahan baru.

Perkembangan itu berlaku ketika Amerika Syarikat (AS) bertungkus lumus berusaha untuk mencegah rundingan damai terbaru daripada menemui kegagalan dengan berakhirnya tempoh pembekuan yang dikenakan oleh kerajaan Israel ke atas pembinaan kawasan penempatan Yahudi di wilayah Palestin.

Berakhirnya pembekuan aktiviti pembinaan itu lewat hari ini menimbulkan krisis besar pertama dalam pusingan terbaru rundingan damai Asia Barat yang dilancarkan di White House oleh Presiden Barack Obama awal bulan ini.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menguatkuasakan pembekuan itu 10 bulan lalu sebagai langkah perdamaian berkata, beliau tidak akan melanjutkannya sekalipun digesa berbuat demikian oleh Obama.

Bagaimanapun pihak Palestin yang menentang segala aktiviti pembinaan Israel di wilayah yang mereka tuntut untuk sebuah negara merdeka pada masa depan, memberi kata dua akan membatalkan rundingan jika pembinaan diteruskan.

“Israel mesti membuat pilihan antara perdamaian dengan penerusan aktiviti pembinaan kawasan penempatan,” kata Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam ucapan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) semalam.

Katanya, Palestin dan seluruh Asia Barat terus-menerus dihimpit sehingga terjerumus ke dalam kancah keganasan dan konflik disebabkan ‘mentaliti Israel yang suka menceroboh dan mendominasi’.

Abbas meninggalkan AS lewat semalam untuk rundingan di Perancis.

“Amerika terus berusaha untuk menyelamatkan rundingan damai. Usaha penting itu dijalankan dengan sungguh-sungguh tetapi belum berjaya mendapatkan komitmen Israel untuk menghentikan aktiviti pembinaan kawasan penempatan,” kata jurucakap Palestin, Nabil Abu Rdeneh.

Abbas meminta menteri-menteri luar Arab mengadakan mesyuarat di Mesir pada beberapa hari akan datang bagi membincangkan perkembangan terbaru, katanya.

Ketika masa semakin suntuk, Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton cuba merundingkan kompromi saat-saat akhir sebelum tempoh pembekuan tamat tengah malam ini, dengan harapan untuk mengelakkan kegagalan rundingan.

Isnin, 20 September 2010

Tinggal kenangan........

Sungkei Jamai'e PERKEPIS

Alhamdulillah... 31 Ogos 2010 (selasa) lepas, sempat PERKEPIS sungkei rami-rami. di rumah YDP PERKEPIS. Walaupun banyak yang sik dapat hadir tapi jumlah yang hadir pun dah sekian. Jumpa juak muka-muka aktivis PERKEPIS yang udah lamak sik bertemu. Muka-muka aktivis baru pun ada tambah dengan kehadiran sidak senior yang memberi sokongan dan dokongan. Harapnya ukhuwwah kita semua kekal utuh dalam gerakan pelajar Islam yang kita cintai tok.

"Berjasa Kepada Masyarakat"





Jumaat, 3 September 2010

SELAMAT HARI RAYA

PENULIS WEBLOG INI MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE - 53 DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.