OUR PRIME MINISTER

OUR PRIME MINISTER
Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

SATU MALAYSIA

SATU MALAYSIA
"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Rabu, 31 Mac 2010

KURSUS PANDANGAN HIDUP ISLAM......Sila lihat di dalam Facebook penulis......






KEPADA PELAJAR - PELAJAR DAN MAHASISWA - MAHASISWA ISLAM YANG BERMASTAUTIN DI BUMI KENYALANG, IKUTI PROGRAM KURSUS PANDANGAN HIDUP ISLAM(KPHI) DI PUSTAKA NEGERI SARAWAK DI PETRA JAYA, KUCHING, PADA HARI SABTU, 3 APRIL 2010, BERMULA PADA PUKUL 8 PAGI HINGGA 5 PETANG.












Hj Haziq Ahmad Zaki PROGRAM TERSEBUT DIANJURKAN OLEH BIRO PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MAJLIS ISLAM SARAWAK(BPPMIS).

beberapa saat lalu · ·
AKTIVITI TERKINI
Hj Haziq Ahmad menulis di atas Dinding Haziq Abdullah Al-Fateh
Hj Haziq Ahmad menulis di atas Dinding Afiq Asyraf
8 lagi cerita yang sama
Hj Haziq Ahmad Zaki

Hj Haziq Ahmad Zaki PROGRAM INI HANYA UNTUK PELAJAR - PELAJAR DAN MAHASISWA - MAHASISWA ISLAM DI SARAWAK SAHAJA.

6 minit yang lalu · ·
Hj Haziq Ahmad Zaki

Hj Haziq Ahmad Zaki KEPADA PELAJAR - PELAJAR DAN MAHASISWA - MAHASISWA ISLAM YANG BERMASTAUTIN DI BUMI KENYALANG, IKUTI PROGRAM KURSUS PANDANGAN HIDUP ISLAM(KPHI) DI PUSTAKA NEGERI SARAWAK DI PETRA JAYA, KUCHING, PADA HARI SABTU, 3 APRIL 2010, BERMULA PADA PUKUL 8 PAGI HINGGA 5 PETANG.

Isnin, 29 Mac 2010

Sekilas tentang kenangan semasa Program Perkampungan Khalifah berlansung beserta dengan Muktamar Agung PERKEPIS

Saudara Penghulu program, Saudara Muhammad Asyraf sedang menyampaikan ucaptama nya.

Pengerusi sementara, Razif Bin Mohamad sedang menyampaikan satu amanat berhubung dengan pemilihan penghulu dan penghuluwati pada permulaan program tersebut...

Perkampungan Generasi Khalifah.....




YB Fadhillah Yusuf menyampaikan cenderamata kepada saudara Muhammad Asyraf, penghulu program pada ketika itu sambil disaksikan oleh Ust. Zamri Bin Mohammad dan YDP PERKEPIS, Khairul Anwar Shazali.


YB Tn Hj Fadhillah menyampaikan ucapan penutup.


Ust. Zamri Bin Mohammad, Pegurus YADIM Zon Sarawak.


Jemaah HEWI yang turt serta di dalam majlis tersebut.


Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Tn Hj Fadhillah Hj Yusuf turt bersama di dalam penutupan majlis tersebut.






YDP PERKEPIS, Bg Khairul Anwar Shazali sedang menyampaikan ucapan khasnya di Pusat Latihan Sarawak, JAKIM, Telaga Air, Kuching.





Dari kiri, Bg Syeed Abdul Hamid Bin Wan Yusuf(Mantan YDP PERKEPIS yang juga Pengerusi Tetap pada ketika itu), Bg Zamri Bin Bali(Mantan Exco Dakwah & Tarbiyyah yang kini adalah Setiausaha Agung PERKEPIS), dan Kak Hamizah Binti Mokhtar(Mantan Timbalan Pengerusi HEWI PERKEPIS yang sekarangnya adalah Naib Yang Di - Pertua III PERKEPIS dan juga Pengerusi HEWI PERKEPIS).


Nota: HEWI bermaksud Majlis Hal Ehwal Siswi atau Majlis Hal Ehwal Wanita Islam.

Inilah Saf Kepimpinan baru PERKEPIS yang telahpun dilantik oleh Majlis Syura pada 28 Mac yang lalu.....

Gambar kenang - kenangan pada 27 Mac yang lalu. Di hujung sekali ialah penulis(memakai songkok dan berbaju melayu biru)

Saudara Yang Di - Pertua Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak(PERKEPIS), Khairul Anwar Shazali yang dilantik semula sebagai YDP bagi pertubuhan NGO Islam itu.

Kepada saudara dan saudari sekalian, nak uruskan projek ni bukannya mudah, ianya perlu dengan kekuatan serta 'Buah Fikiran' yang agak jelas...


Salah satu daripada cara untuk mengerastkan lagi Silaturrahim adalah dengan mengadakan Usrah yang sebegini sederhana...



Penulis ketika berbahas mengenai Ekonomi pada hari muktamar agung tersebut...


Usrah Kumpulan Magas - PERKEPIS.....



Hormati keputusan pemilihan baru MCA, kata Najib


TAHNIAH BUAT DATUK SERI LIOW TIONG LAI KERANA TELAH MENANG DI DALAM BERTANDING JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN.





TAHNIAH DATUK SERI DR. CHUA SOI LEK KERANA MENANG BERTANDING JAWATAN PRESIDEN MCA.





KUALA LUMPUR 29 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta semua anggota MCA menghormati keputusan pemilihan parti semalam, yang menyaksikan Datuk Dr. Chua Soi Lek memenangi jawatan presiden, kerana ia dilakukan berdasarkan perlembagaan parti dan prinsip demokrasi.

Beliau berkata, apa yang penting ialah hasrat MCA bahawa pemilihan tersebut dijadikan sebagai satu kaedah untuk menyelesaikan krisis parti itu yang sudah berlarutan sejak sekian lama.

"Seperti mana saya lihat semua calon yang bertanding terutama sekali bagi mereka yang bertanding bagi jawatan Presiden MCA telah memberi pengakuan bahawa mereka akan merapatkan barisan dan mengambil kira kepentingan semua kumpulan dalam MCA supaya MCA dapat bersatu dan muncul sebagai sebuah parti yang lebih kukuh dan lebih kuat lagi.

"Ini merupakan hasrat saya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) bahawa kita perlu sebuah parti seperti MCA yang kuat dan dapat mewakili kepentingan masyarakat kaum Cina khususnya dan juga kaum-kaum lain secara efektif dan berkesan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini.

Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk mereka (pemimpin yang terpilih) tidak menoleh ke belakang lagi, sebaliknya mesti terus mara ke hadapan menjalankan tanggungjawab, kewajipan serta amanah yang telah diberikan oleh perwakilan MCA supaya keyakinan kepada MCA dapat dikembalikan melalui peranan yang bakal mereka mainkan.











Cabaran untuk MCA, Soi Lek dan Tiong Lai

PEMILIHAN bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai Presiden MCA dan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai timbalannya diharapkan akan membuka era baru kepada parti tersebut. Seramai 2,315 perwakilan sudah pun membuat keputusan, tidak kiralah berapa jumlah majoriti yang dimenangi oleh kedua-dua pemimpin itu tetapi apa yang penting pemilihan telah dilaksanakan secara demokrasi.

Oleh itu, semua pihak perlu menerimanya dengan hati terbuka seperti mana pendirian yang ditunjukkan oleh dua lagi calon Presiden yang tewas iaitu Tan Sri Ong Ka Ting dan Datuk Seri Ong Tee Keat.

Kini MCA perlu menumpukan perhatian kepada agenda yang lebih besar iaitu menyatukan semua ahli di dalam satu pasukan dan mengukuhkan MCA sebagai salah satu komponen terpenting dalam Barisan Nasional (BN).

Masa untuk berbalah dan bertelingkah sudah berlalu. Pemilihan yang dijalankan dianggap penyelesaian terbaik.

Oleh itu, pemimpin dan ahli MCA perlu menumpukan perhatian untuk berusaha mengembalikan parti tersebut sebagai sebuah parti yang digeruni lawan dan menjadi harapan kepada rakyat terutama masyarakat Cina khasnya.

Sudah menjadi adat pertandingan ada yang kalah dan ada yang menang, tetapi ini tidak bermakna yang kalah harus bermusuh dengan yang menang dan yang menang pula perlu membalas dendam kepada yang kalah.

Adalah lebih baik, jika kesemua pemimpin-pemimpin MCA bersatu hati dan berada dalam satu barisan kerana perjuangan yang lebih getir menanti mereka iaitu mengembalikan sokongan majoriti masyarakat Cina kepada BN.

MCA tidak harus selamanya berada dalam konflik, krisis dan kemelut. Oleh itu, adalah diharapkan Soi Lek dan Tiong Lai, biarpun sebelum ini dilihat berada di dalam kem berasingan akan bersatu hati melaksanakan tanggungjawab demi kepentingan parti dan negara.












Biarkan Nadi Cintaku Kepadamu Berdenyut!

Biarkan Nadi Cintaku Kepadamu Berdenyut!

Sertai Kumpulan Maulid PERKEPIS

Juh ekot kamek orang sekali... kita imarahkan Majlis Zikrullah dan Selawat 'ala Rasulillah s.a.w.

Kepada sesiapa yang berminat atau berkemahiran di dalam nukuk bongo, main kerincing, niup flute, main gitar atau pandei main apa-apa jenis alat muzik, kitak orang amat dialu-alukan... Mun sik pandei pun sik hal, nok penting minat ada... PERKEPIS akan nulong kitak orang belajar...

Sesiaapa yang berminat, boleh tinggalkan pesanan (nama dan nombor perhubungan) di chatbox... PERKEPIS akan hubungi kitak orang segera...

TUESDAY, MARCH 30, 2010

Barisan Kepemimpinan Kanan PERKEPIS Sesi 2010/2011

Setelah Majlis Syura PERKEPIS bersidang dan membuat keputusan pada 14 Mac 2010 (Ahad) yang diumumkan di Majlis Perhimpunan Agung Tahuan PERKEPIS ke-5 pada 28 Mac 2010 (Ahad), berikut adalah Barisan Kepemimpinan Kanan PERKEPIS Sesi 2010/2011;


YANG DI-PERTUA
KHAIRUL ANWAR SHAZALI
Sarjana Muda (Kep.) Undang-Undang, UIAM
Dip. Syariah & Amalan Guaman, UIAM


TIMBALAN YANG DI-PERTUA
AZRUL JANI
Sarjana Muda (Kep.) Kejuruteraan (Mekatronik), UIAM


NAIB YANG DIPERTUA 1
AHMAD SYAHMEER JUNAIDI
Tahun Akhir Sarjana Muda Pendidikan (TESL), UNITAR


NAIB YANG DI-PERTUA 2
HISYAMUDIN ROSLAN
Tahun 3 Sarjana Muda Undang-Undang (Syariah), UIAM


NAIB YANG DI-PERTUA 3
HAMIZAH MOKHTAR
Sarjana Muda (Kep.) Kimia Sumber, UNIMAS


SETIAUSAHA AGUNG
ZAMRI BALI
Dip. Psikologi, KDH


BENDAHARI KEHORMAT
NURANIZA SULAIMAN
Dip. Perakaunan, UiTM

Perkampungan Generasi Khalifah 2010 & Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PERKEPIS ke-5

Laporan Khas

Bersyukur kepada Allah, Perkampungan Generasi Khalifah (PGK) danMajlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) PERKEPIS ke-5 telah diadakan di Pusat Telaga Air, JAKIM dengan jayanya pada 26 sehingga 28 Mac 2010. Program dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS)dengan kerjasamaYayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sarawak. Seramai78 orang peserta telah mengikuti PGK manakala pada 28 Mac, Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PERKEPIS ke-5 telah dihadiri oleh hampir100 muktamirin dan muktamirat dalam acara yang berasingan. Program selama 3 hari 2 malam tersebut lebih bermakna apabila majlis penutupan kedua-dua program telah disempurnakan oleh Y.B. Tn. Hj. Fadillah b. Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Malaysia.

Perkampungan Generasi Khalifah
Perkampungan Generasi Khalidah (PGK) telah bermula pada petang 26 Mac 2010 sehinggalah tengahari 28 Mac 2010. Peserta PGK terdiri daripada para belia, peserta Perkampungan Menara Gading 2010 (anjuran PERKEPIS) dan daripada komuniti KRT Matang (Jabatan Perpaduan Malaysia). Melalui PGK, para peserta telah ditautkan dengan perkenalan sesama sendiri melalui aktiviti ta’aruf yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.


Perkara yang diberi perhatian adalah pemahaman yang meluas dalam menghayati kepentingan organisasi dan keterlibatan dalam masyarakat. Hal ini disebut dan dihuraikan dengan panjang lebar olehEn. Mohd Zaidi Aziz, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM)dalam bengkel beliau yang bertajuk “Pengurusan Organisasi Belia.”Beliau menerangkan bahawa peri pentingnya para belia mempunyai kesedaran untuk mengasah serta melatih diri dalam lapangan kemasyarakatan melalui organisasi belia. Pada pandangan beliau, organisasi belia merupakan pusat untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa. Beliau turut menekankan, bahawa belia harus bersedia dengan definisi belia yang telah digariskan oleh negara. Hal ini amat mustahak bagi belia bersedia dalam menghadapi arus globalisasi yang terlalu cepat berubah. Akhirnya beliau menyeru, agar belia terutamanya belia Islam memanfaatkan ruang dan peluang yang ada agar hidup ini penuh bermakna, hatta setelah alam kematian sekalipun.


Bengkel kedua pula disampaikan oleh Sdr. Khairul Anwar Shazali, Ahli Lantikan Menteri MPBN merangkap Yang DiPertua PERKEPIS sesi 2009/2010. Beliau telah berkongsi garis panduan yang amat penting dalam menjayakan sesebuah program. Antara perkara yang disentuh adalah bagaimana menjana idea yang tepat untuk merangka program, perancangan program melalui kertas kerja dan surat-menyurat yang juga tidak kurang pentingnya dalam perencanaan sesbuah program.


Melalui PGK, para peserta diberikan peluang untuk mempraktikkan secara langsung ilmu dan kemahiran yang diperoleh dalam sesi sebelumnya melalui Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Para peserta telah didedahkan dan juga berkongsi akan masalah-masalah yang harus dihadapi dalam menangani realiti kehidupan.






Pada penghujung program ini, para peserta diberikan peluang untuk menganalisa dan bermuhasabah untuk penambahbaikan organisasi masing-masing. Paling penting, adalah para peserta telah berjaya mencambah idea-idea yang bernas untuk melaksanakan tindakan susulan yang praktikal dan bersungguh-sungguh setelah program ini.



Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PERKEPIS ke-5

Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) PERKEPIS ke-5 telah diadakan dalam acara yang berasingan di PLS. Muktamirin dan muktamirat mencecah hampir 100 orang di majlis tersebut.

Yang DiPertua PERKEPIS sesi 2009/2010, sdr. Khairul Anwar Shazali telah menyampaikan ucapan dasar yang bertajuk Mencipta Generasi Pemangkin Kecemerlangan Umat. YDP telah mengimbau sejarah penubuhan PERKEPIS sebagai sebuah gerakan pelajar. Segala jasa bertungkus-lumus generasi terdahulu tidak mampu untuk dibalas. YDP telah menerangkan bahawa PERKEPIS merupakan sebuah gerakan pelajar yang berdiri tanpa terikat kepada naungan mana-mana pertubuhan ataupun parti politik.

PERKEPIS sepanjang sejarah kewujudannya telah merakamkan detik bersejarah apabila banyak merintis metod-metod dakwah yang dinamik, termasuk mencetuskan kumpulan-kumpulan nasyid kontemporari, Barnamij Taakhi wa Talahum, Perkampungan Menara Gading dan yang terbaru adalah budaya maulid yang diangkat ke khalayak ramai di Majlis Penghargaan Rasulullah s.a.w pada Rabiul Awal 1431H yang lepas.

Beliau menekankan keutamaan agar generasi kini dipupuk dan dikekalkan menjadi generasi yang menjaga kesinambungan mereka, berdasarkan pandangan alam yang dikemukakan oleh ulama sosiologi dan sejarah Islam tersohor, ibnu Khaldun. Beliau memberi panduan agar para belia, aktivis PERKEPIS khususnya mempunyai elemen-elemen yang seimbang dalam diri mereka. Elemen tersebut adalah memiliki adalah kekuatan kerohanian (spiritualisme), pemikiran yang luas (intelektualisme), ketinggian cita-cita (idealisme) dan kesungguhan usaha (aktivisme). Beliau juga menyeru agar memupuk diri untuk merapati golongan ilmuan serta buku yang berautoriti dan berhati-hati terhadap golongan-golongan yang berbahaya kepada agama.

Dalam pada itu, YDP mengingatkan agar PERKEPIS masih berpegang kepada tanzim haraki ataupun aturan gerakan yang begitu penting dalam menggerakkan perencanaan dakwah. Secara rumusannya, beliau berdoa agar PERKEPIS dan warganya kekal dipelihara Allah dan diberikan kekuatan agar terus istiqamah, konsisten dalam berjuang menegakkan agama-Nya di Bumi Kenyalang khususnya.


MPAT ke-5 telah bersidang dan saf pimpinan PERKEPIS sesi 2010/2011 telah disempurnakan oleh Yang DiPertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sarawak, Ustaz Hasfa Bakhry bin Hassan.



Majlis Penutupan PGK & MPAT PERKEPIS ke-5


Majlis Penutupan Perkampungan Generasi Khalifah dan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PERKEPIS ke-5 menjadi lebih bermakna apabila majlis disempurnakan oleh Y.B. Tn. Hj. Fadillah b. Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Malaysia.

Melalui ucaptama yang disampaikan, beliau menyeru agar para belia memanfaatkan program seumpama ini. Juga, beliau menyarankan agar para belia memulakan langkah-langkah proaktif dengan memperkasakan diri dengan budaya keilmuan, tradisi keilmuan serta kemahiran-kemahiran yang dianggap penting. Beliau juga menekankan agar para belia memastikan diri terpimpin sebelum berupaya memimpin orang lain sebagai asas kekuatan. Tabiat negatif gejala termenung ataupun sering membandingkan diri dengan bangsa lain akan membantutkan proses pembangunan negara dan masyarakat.

Terima kasih sekalung budi buat semua pihak yang menjayakan Perkampungan Generasi Khalifah dan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PERKEPIS ke-5 dengan jayanya. Terima kasih terutama kepada Y.B. Tn. Hj. Fadillah b. Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Malaysia, pihak YADIM, JAKIM dan KRT Matang. Terima kasih khususnya kepada semua aktivis PERKEPIS yang telah menjadi penggerak-penggerak utama dalam menjayakan program, demi kecemerlangan umat. Kami menyusun jari memohon maaf atas segala kekurangan di pihak kami. Semoga Allah memberkati usaha kita dan menunjuki kita serta belia-belia Islam di Sarawak ini, khususnya.




Akhir kata...

Berjasa Kepada Masyarakat