OUR PRIME MINISTER

OUR PRIME MINISTER
Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

SATU MALAYSIA

SATU MALAYSIA
"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Isnin, 1 Mac 2010

Kenangan - kenangan yang telah berlalu di bulan Rabiul Awwal sekitar 1431 Hijrah ini...



Pesta Buku Antarabangsa 2010

Mari Lihat Diri...

Mari Lihat Diri...

Sertai Kumpulan Maulid PERKEPIS

Juh ekot kamek orang sekali... kita imarahkan Majlis Zikrullah dan Selawat 'ala Rasulillah s.a.w.

Kepada sesiapa yang berminat atau berkemahiran di dalam nukuk bongo, main kerincing, niup flute, main gitar atau pandei main apa-apa jenis alat muzik, kitak orang amat dialu-alukan... Mun sik pandei pun sik hal, nok penting minat ada... PERKEPIS akan nulong kitak orang belajar...

Sesiaapa yang berminat, boleh tinggalkan pesanan (nama dan nombor perhubungan) di chatbox... PERKEPIS akan hubungi kitak orang segera...

SUNDAY, FEBRUARY 28, 2010

Malam Penghargaan Rasulullah s.a.w

Khas Sempena Maulidur Rasul

“Tidak kami utuskan engkau, (wahai Nabi Muhammad s.a.w) melainkan untuk rahmat serata alam”
(al-Anbiya',(21):107)

Sambutan Maulidur Rasul 1431H mencatatkan detik bersejarah Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS). Julung-julung kali mengadakan di tempat terbuka seperti Waterfront, PERKEPIS komited mengorak langkah dalam dakwahnya. Malam Penghargaan Rasulullah sallahu alaihi wasallam (s.a.w) diadakan dengan kerjasama Jabatan Penerangan dan RTM, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) cawangan Sarawak, Angkatan Belia Islam Sarawak (ABIM) cawangan Sarawak dan Liga India Muslim.

Malam Penghargaan Rasulullah s.a.w merupakan manifestasi melafazkan rasa kecintaan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui persembahan yang diadakan. Persembahan berzanji, nasyid, deklamasi sajak, nyanyian akustik, tayangan multimendia dan mauled telah dipertontonkan kepada lebih kurang 500 hadirin yang mengunjungi acara tersebut, termasuk pelancong asing.

Atas: Persembahan berzanji daripada Surau Kampung Semariang
Atas & Bawah: Persembahan mantap daripada adik-adik comel Taski ABIM Sarawak

Atas: Deklmasi sajak “Sudah Lama Aku Menanggung Rindu” daripada sdr. Muhammad Afif Iskandar
Atas: Persembahan nyanyian akustik daripada kumpulan Adan
Atas & Bawah: Acara kemuncak Malam Penghargaan Rasulullah s.a.w, iaitu persembahan Maulid Daibai’ dan qosidah terpilih daripada kumpulan qosidah PERKEPIS.


Semoga Malam Penghargaan Rasulullah s.a.w menjadi titk lonjakan untuk kita lebih mengenali Nabi Muhammad s.a.w, seorang insan hebat yang diutuskan Allah. Dialah guru kita yang mengajar kepada-Nya, pemimpin kita, yang menyayangi kita, teramat kasih kepada umatnya, dan bimbang akan keadaan generasi setelahnya. Dialah yang memimpin umatnya untuk memasuki syurga. Tidak ada orang yang memasuki syurga, melainkan Nabi Muhammad s.a.w memasukinya. Tidak akan sempurna iman kita jika kita tidak mencintai Baginda s.a.w melebih daripada diri kita sendiri.

Marilah kita membanyakkan selawat atas Baginda s.a.w. Syeikh Syed Muhammad ibn Alawi al-Maliki (w. 2004), seorang ulama besar Mekah pernah mengingatkan bahawa, seafdal-afdal amalan pada zaman ini adalah selawat. Kerana kita telah terlalu jauh daripada Baginda s.a.w. Semoga dengan keberkatan selawat kita gembira menyambut hari kelahiran Baginda, menjadikan kita bertambah cinta, bertambah cinta, bertambah cinta kepadanya. Mencintai Rasulullah, maka secara langsung akan mencintai Allah!

Terima kasih kepada aktivis-aktivis PERKEPIS dan semua pihak yang terlibat menjayakan Malam Penghargaan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

Akhir kata, daripada hadith Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, bahawa selawat seseorang diketahui oleh baginda sallallahu alaihi wasallam... dan Allah akan membalas selawatnya sebanyak sepuluh selawat daripada-Nya. Diriwayatkan oleh al-Bazzar dan Abu al-Syeikh ibnu Hibban dengan lafaznya:

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah bersabda:

"Sesungguhnya Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung mempunyai malaikat yang diberikan kepadanya pendengaran sekalian makhluk. Maka dia berdiri di kuburku apabila aku telah wafat.

Tiada seorang pun berselawat kepadaku melainkan malaikat itu berkata, 'Wahai Muhammad! Fulan ibn Fulan telah berselawat kepadamu.'

Lalu Baginda sallallahu alaihi wasallam bersabda: 'Maka Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Agung akan berselawat atas lelaki tersebut bagi setiap satu selawatnya dengan selawat (daripada Allah).'"

Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam kitab al-Kabir.


Allahumma solli 'ala Muhammad!

Berjasa Kepada Masyarakat


Bersempena:

FRIDAY, FEBRUARY 26, 2010

Laporan Berita TV1 - Majlis Perasmian Penutupan PMGS 2010

TUESDAY, FEBRUARY 23, 2010

Kenang-kenangan Majlis Maulid Masjid Negara 2009...


....Alangkah beruntungnya berada di dalam majlis yang mulia ini, duduk di dalam majlis yang memperingati Tuhan dan menyemai rasa rindu terhadap baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam. Dan daripadanya, diisi jiwa yang sentiasa kering ini dengan curahan kata-kata yang menyentuh diri, agar kembali kepada Tuhan dalam erti yang sebenar. Walaupun pada mulanya terasa berat mungkin akan terkorban pada malam itu untuk persediaan peperiksaan minggu hadapan, namun tidak tergamak terlalu zalim terhadap diri ini melepas peluang keemasan begitu sahaja. Peluang tidak ternilai; mengutip mutiara kata-kata hikmah daripada Quran dan Hadith dihuraikan oleh para ulamak.


Ikuti lanjut artikel tersebut di dua pautan ini:

Kenang-kenangan Majlis Maulid Masjid Negara (1)
Kenang-kenangan Majlis Maulid Masjid Negara (2)


Semarakkan cinta kepada penghulu sekalian Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam!


Berjasa Kepada Masyarakat


Bersempena:

SATURDAY, FEBRUARY 20, 2010

Keistimewaan Rasulullah s.a.w di Alam Barzakh



Kelebihan selawat

Daripada Abi Darda' radiallahu 'anhu berkata: Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam:

"Perbanyakkanlah selawat atasku pada hari Jumaat kerana ia adalah hari penyaksian yang disaksikan oleh malaikat. Sesungguhnya tidaklah seseorang berselawat atasku melainkan dibentangkan atasku selawatnya sehinggalah disempurnakan selawat tersebut." Dia berkata: "Saya bertanya, 'Adakah ia juga berlaku selepas kewafatan kamu?' Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, 'Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi daripada memamah jasad-jasad para nabi'."


Diriwayatkan oleh ibnu Majah dan al-Tabarani dengan isnad yang baik [1]. Dalam perbincangan bab Kehidupan Khusus Nabi Kita, Muhammad sallallahu alaihi wasallam dalam kitab Mafahim Yajibu an-Tusohhah(Kefahaman yang Wajib Dibetulkan)beberapa hadith yang mengatakan bahawa setiap selawat yang diucapkan oleh umat baginda sallallahu alaihi wasallam akan dimaklumkan terus kepada baginda. Dan Allah akan berselawat ke atas orang tersebut sebanyak sepuluh selawat daripada-Nya. Kita tinjau beberapa hadith:



Daripada Ammar bin Yasir radiallahu anhu, beliau berkata, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

"Sesungguhnya Allah telah mewakilkan bagi kuburku malaikat yang Allah telah berikan kepadanya nama-nama sekalian makhluk. Maka tidak seorang pun yang berselawat atasku sehingga Hari Kiamat melainkan dia menyampaikan kepadaku dengan namanya dan nama bapanya, 'Ini Fulan bin Fulan, dia telah berselawat atasmu'."


Diriwayatkan oleh al-Bazzar dan Abu al-Syeikh ibnu Hibban dengan lafaznya, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah bersabda:

"Sesungguhnya Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung mempunyai malaikat yang diberikan kepadanya pendengaran sekalian makhluk. Maka dia berdiri di kuburku apabila aku telah wafat. Tiada seorang pun berselawat kepadaku melainkan selawat itu berkata (memberitahu baginda sallallahu alaihi wasallam), 'Wahai Muhammad (sallallahu alaihi wasallam)! Fulan bin Fulan telah berselawat kepadamu.' Lalu baginda sallallahu alaihi wasallam bersabda, 'Maka Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung akan berselawat atas lelaku tersebut bagi setiap satu selawatnya sepuluh selawat (daripada Allah).'"


Marilah kita memnbanyakkan selawat atas baginda sallallahu alaihi wasallam!


Berjasa Kepada Masyarakat


Rujukan:

1. Syeikh Abu al Fadhl Abdullah ibn Muhammad al Siddiq al Ghumari al Hasani, (2009). 40 Hadith Keistimewaan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Sofa Production: Ampang.

2.Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki al-Makki al-Hasani, (2008).Kefahaman yang wajib diperbetulkan. Sofa Production: Ampang


Bersempena:

FRIDAY, FEBRUARY 19, 2010

Tidak Terkenal di Bumi, Tetapi Terkenal Di Langit


Pada zaman Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, dadanya bidang, beliau berpenampilan cukup tampan, kulitnya kemerah-merahan, dagunya memanjang ke dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, seorang ahli membaca Al Qur’an dan sering menangis, pakaiannya hanya dua helai sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya sebagai selendang, tiada orang yang menghiraukan, beliau tidak dikenali oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit. Dia, jika bersumpah demi Allah pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil disuruh masuk syurga, dia akan dipanggil berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin kepadanya untuk memberi syafa’at sejumlah qobilah Robi’ah dan qobilah Mudhor, semua dimasukkan syurga tiada yang ketinggalan kerana kesolehannya...



Ikuti lanjut artikel penuh di blog sdr. Ikhram (mantan amir PERKEPIS UNIMAS) di pautan ini.



Berjasa Kepada Masyarakat


Bersempena:

THURSDAY, FEBRUARY 18, 2010

Sekilas Ziarah Habib Munzir di Malaysia


Pesta cinta sudah bermula! Kehangatan sambutan Maulidurrasul semakin terasa. Malam semalam (Rabu, 17 Februari 2010)berlangsung majlis bersama al-Habib Munzir al-Musawa di Masjid Al-Falah, USJ9, Subang Jaya. Di Indonesia, al-Habib Munzir al-Musawa adalah nama yang tidak asing. Majlis pengajian beliau sahaja mencecah jutaan orang. Sentuhan al-Habib Munzir di Masjid Al-Falah semalam ternyata hebat. Rata-rata hadirin mengalirkan air mata kerinduan dan kecintaan kepada baginda Rasulullah tatkala al-Habib Munzir mengisahkan sirah Rasulullah serta menceritakan tentang keistimewaan, kemuliaan dan keagungan baginda.

Ikuti lanjut di pautan blog Akhienaim (mantan YDP PERKEPIS) di pautan ini.


Berjasa Kepada Masyarakat

Sempena:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan