OUR PRIME MINISTER

OUR PRIME MINISTER
Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

SATU MALAYSIA

SATU MALAYSIA
"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Khamis, 4 Mac 2010

Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda, Wanita MCA ditangguh

05/03/2010 2:52pm


KUALA LUMPUR 5 Mac – Pergerakan Pemuda dan Wanita MCA hari ini mengambil keputusan menangguhkan mesyuarat agung tahunan (AGM) masing-masing ekoran peletakan jawatan 21 anggota jawatankuasa pusat (CC) parti yang dilantik, untuk memberi laluan kepada pemilihan baru dalam parti.

Kedua-dua sayap parti MCA itu mengadakan mesyuarat tergempar exco di ibu pejabat parti di sini hari ini.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, langkah itu diambil disebabkan ketidaktentuan AGM parti yang dijadualkan Ahad ini ekoran peletakan jawatan 21 anggota CC parti yang dilantik, semalam.

Mereka berbuat demikian bagi menuntut supaya diadakan pemilihan parti yang baru, yang perlu diadakan dalam tempoh sebulan.

Ka Siong berkata, beliau sudah menemui setiausaha agung parti, Datuk Wong Foon Meng semalam, namun Foon Meng tidak dapat mengesahkan sekiranya AGM Ahad ini akan diteruskan.

Sementara itu, Ketua Wanita MCA, Datuk Paduka Chew Mei Fun berkata, penangguhan itu dibuat dengan persetujuan majoriti.














JAIS haramkan sijil halal dikeluarkan syarikat swasta

05/03/2010 12:45pm

SHAH ALAM 5 Mac – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengharamkan penggunaan sijil halal yang dikeluarkan syarikat swasta berkuat kuasa serta merta.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.




Bekalan air di beberapa kawasan di Seremban mula dicatu

SEREMBAN 5 Mac – Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) akan mula melaksanakan catuan bekalan air di beberapa kawasan di daerah Seremban Ahad ini ekoran cuaca panas dan pengurangan taburan hujan di beberapa tadahan air di daerah itu.

Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, pengurangan hujan mengakibatkan penurunan paras air sungai di muka sauk loji rawatan air Pantai, Sungai Ngoi-Ngoi dan Sungai Mahang yang membekalkan air terawat ke kawasan di sekitar Nilai, Sendayan, LBJ dan Lenggeng.

Jadual catuan air Ahad ini bagi Zon A ialah mulai pukul 8 pagi hingga 8 malam dan kawasan yang terlibat ialah Eka Matahari, Planter’s Haven, Arab Malaysia (Taman Desa Ria), Nilai 3, Nilai Impian, Nilai 7, Desa Chempaka/Jasmin, Kota Seriemas, Kuarters KLIA, Kolej Jururawat KPJ dan Nilai Perdana.

Jadual catuan air bagi Zon B pula ialah mulai pukul 8 malam hingga 8 pagi melibatkan kawasan Kondok, LBJ, Taman Gadong Jaya 1, 2 dan 3, Seri Sendayan, Sendayan Indah, Felda Sendayan, Kampung Gadong Jaya dan Kampung Jimah Baru, katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, catuan itu akan diteruskan sehingga paras air di muka sauk kembali ke paras biasa (di atas tahap kritikal).

Pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982.














Kanak-kanak maut didera: Kelindan lori, isteri direman

05/03/2010 12:27pm

Putrajaya, 5 Mac - Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini memerintahkan kelindan lori, 33, dan isterinya, 23, yang disyaki terlibat dalam kes penderaan kanak-kanak K. Haresvarren, 18 bulan, direman selama 7 hari hingga 11 Mac ini.

Perintah dikeluarkan oleh Majistret Aishah Hijriah Arshad kira-kira pukul 12 tengah hari.









Kanak-kanak maut didera: Kelindan lori, isteri direman

05/03/2010 12:27pm

Putrajaya, 5 Mac - Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini memerintahkan kelindan lori, 33, dan isterinya, 23, yang disyaki terlibat dalam kes penderaan kanak-kanak K. Haresvarren, 18 bulan, direman selama 7 hari hingga 11 Mac ini.

Perintah dikeluarkan oleh Majistret Aishah Hijriah Arshad kira-kira pukul 12 tengah hari.







Produk teknologi tinggi UniKL: Melaka tawar kerjasama

05/03/2010 12:26pm

ALOR GAJAH 5 Mac — Kerajaan Melaka menawarkan kerjasama dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk menjalankan penyelidikan dan mengkomersial beberapa produk teknologi tinggi universiti itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata kerjasama dengan UniKL itu akan dilaksanakan dengan Unit Pembangunan dan Penyelidikan, Kreativiti dan Komersial (RD-CnC) di bawah Jabatan Ketua Menteri.

"Antara produk penghasilan UniKL yang bermutu untuk dikomersilkan termasuk rawatan dan pembersihan air sungai, barangan plastik serta teknologi makanan,” katanya kepada pemberita selepas melawat kampus UniKL di sini petang semalam.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan