OUR PRIME MINISTER

OUR PRIME MINISTER
Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

SATU MALAYSIA

SATU MALAYSIA
"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Rabu, 10 Mac 2010

Sheikh Mohammed Sayed Tantawi meninggal dunia




KAHERAH 10 Mac – Sheikh Al-Azhar, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi meninggal dunia di Arab Saudi hari ini setelah mengalami serangan sakit jantung. Beliau berada di Riyadh untuk menghadiri majlis anugerah Raja Faisal malam tadi.

Tantawi, 82, sedang menaiki sebuah pesawat awal pagi ini apabila beliau berasa sakit lalu terjatuh di tangga, lapor stesen televisyen Mesir.

Beliau dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di Riyadh di mana doktor mengesahkan kematiannya.

Jenazahnya dijangka dibawa pulang ke Kaherah, malam ini.

Tantawi dilantik sebagai Mufti Besar Mesir pada 1986. Beliau memegang jawatan itu selama hampir 10 tahun sebelum dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar pada 1996.

Pada tahun lepas, Tantawi mencetuskan kontroversi apabila beliau mengharamkan pemakaian niqab (purdah) di semua sekolah dan asrama untuk pelajar perempuan di bawah kendalian Al-Azhar.

Al-Azhar, sebuah kompleks universiti dan masjid berusia lebih 1,000 tahun adalah antara pusat pengajian Islam paling terkemuka di dunia dan mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir.






UKHWAH koperasi Islam contoh


MUSTAPHA Kamal Maulut bergambar di hadapan bangunan Restoran Rakyat 1Malaysia milik UKHWAH di Jalan Medan Tuanku 1, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 26 Feb. - Kemudahan penginapan, pinjaman kewangan serta urusan mengerjakan umrah merupakan antara faedah yang berjaya disediakan Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (UKHWAH) kepada 50,000 ahlinya menerusi jaringan perniagaan yang dibina sejak 12 tahun lalu.

Selaras dengan moto UKHWAH iaitu 'Susah Senang Kita Sentiasa Bersama', koperasi itu sentiasa memastikan perniagaan yang diceburi memberi manfaat kepada ahli-ahlinya.

Pengerusi UKHWAH, Datuk Mustapa Kamal Maulut berkata, koperasi itu diwujudkan untuk membantu golongan bumiputera menebus kembali pemilikan hartanah khususnya di ibu negara.

''Melalui pemilikan hartanah, bumiputera berpeluang lebih luas untuk menceburi bidang perniagaan terutama di tengah-tengah ibu kota yang kebanyakannya dimiliki oleh bukan bumiputera,'' katanya.

Menurutnya, UKHWAH menjana perniagaan hartanahnya melalui kecairan kewangan hasil yuran bulanan wajib dan yuran kebajikan ahli sebanyak RM18 setiap seorang dan daripada wang itu, koperasi kini memiliki aset bernilai RM200 juta.

''Hasil kutipan yuran bulanan ahli seramai 50,000 orang inilah kita memperolehi wang tunai RM900,000 setiap bulan. Ia membolehkan kita membeli hartanah dan memberi pelbagai bentuk faedah kepada ahli,'' jelasnya.

UKHWAH merupakan salah sebuah daripada 6,084 koperasi yang beroperasi di negara ini mengikut statistik tahunan gerakan koperasi sehingga akhir 2008 dengan jumlah aset bernilai RM55.730 bilion.

n RAHSIA K EJAYAAN

Pencapaian UKHWAH pada hari ini memang patut dibanggakan oleh golongan bumiputera dan pasti ramai yang ingin tahu apakah rahsia sehingga ia menjadi sebuah koperasi yang berjaya pada hari ini.

Menurut Mustapa Kamal, kesepakatan pengurusan UKHWAH daripada peringkat ahli lembaga pengarah sehingga kakitangan bawahan mampu mencetuskan idea yang mencipta faedah khususnya kepada ahli-ahli koperasi dan juga masyarakat luar.

''Berdasarkan pelbagai lapisan usia dan latar belakang, kami memberi input yang difikirkan dapat memberi faedah kepada ahli.

''Faedah-faedah yang mendatangkan manfaat kepada ahli inilah yang mendorong lebih ramai orang untuk menyertai UKHWAH.

''Kesepakatan di kalangan ahli juga memainkan peranan penting dalam memastikan koperasi ini sentiasa teguh,'' jelasnya.

n FAEDAH

Menurut Mustapa Kamal, di UKHWAH kebajikan ahli adalah keutamaannya.

Katanya, bersesuaian dengan maksud UKHWAH iaitu persaudaraan, matlamat koperasi itu bukan semata-mata mengaut keuntungan tetapi mahu berkongsi manfaat dengan ahli dan masyarakat luar .

Jelasnya, menerusi Kelab UKHWAH Care, banyak faedah menarik diterima oleh ahli antaranya kemudahan penginapan di ibu negara dengan kadar serendah RM10 sehari selain sewa kenderaan di sekitar Lembah Klang.

Menurutnya, ahli juga diberi kemudahan perkhidmatan tunda kereta, taska, tadika dan tuisyen untuk anak-anak, sumbangan khairat kematian RM1,000, sumbangan perkahwinan dan sumbangan perubatan.

Beliau memberitahu, kemudahan penginapan yang disediakan termasuk di salah sebuah apartmen mewah di Jalan Sultan Ismail di sini dan beberapa buah banglo mewah sekitar Lembah Klang.

''Secara tidak langsung ia merancakkan aktiviti pelancongan di kalangan ahli,'' jelasnya.

Dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik katanya, setiap permohonan oleh ahli untuk mendapatkan kemudahan yang disediakan koperasi akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.

Menurutnya, koperasi juga menyediakan perkhidmatan pinjaman peribadi kepada ahli menerusi produk UKHWAH Ekspres.

Tiada caj terselindung dikenakan kepada ahli, malah mereka mendapat jaminan keselamatan kerana pembiayaan pinjaman dilindungi insurans.

Selain itu jelas Mustapa Kamal, ahli boleh membuat pinjaman semula tanpa perlu menyelesaikan pinjaman awal dan tanpa had selang tempoh ditetapkan.

''Secara tidak langsung pinjaman peribadi ini dapat membantu masyarakat daripada menggunakan khidmat 'ah long' ketika mereka terdesak dari segi kewangan,'' ujarnya.

Seperti konsep Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yang diwujudkan untuk kemudahan orang ramai mengerjakan haji, UKHWAH pula menyediakan khidmat tabung umrah untuk ahli-ahlinya dengan pakej harga istimewa.

Menurutnya, koperasi juga menawarkan kepada anak ahlinya sumbangan sekurang-kurangnya RM500 bagi yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

n RESTORAN RAKYAT 1MALAYSIA

Mungkin sudah ramai yang mengetahui tentang kewujudan Restoran Rakyat 1Malaysia yang menawarkan segelas teh tarik dan sekeping roti canai dengan harga RM1.

Menurut Mustapa Kamal, restoran yang menawarkan set menu pada harga yang terendah itu adalah milik UKHWAH.

Restoran yang terletak di Jalan Medan Tuanku 1 di sini turut menawarkan pakej istimewa pada setiap Jumaat dengan memperkenalkan konsep 'ambil sendiri, nilai sendiri, bayar sendiri dan derma'.

Pada hari tersebut, pengunjung boleh menikmati sebarang makanan tengah hari dengan harga yang dinilai sendiri.

Duit yang dibayar itu pula akan dimasukkan ke dalam tabung yang dikenali sebagai Tabung Masyarakat Prihatin untuk didermakan kepada fakir miskin.

Mungkin ramai usahawan beranggapan konsep itu tidak mendatangkan keuntungan, sebaliknya konsep 'pemurah' itu adalah punca tarikan sebenar pengunjung ke restoran berkenaan sehingga memperolehi keuntungan besar.

Kini, dua lagi cawangan Restoran Rakyat 1Malaysia dibuka di Petaling Jaya, Selangor dan Taiping, Perak.

''Orang ramai juga dialu-alukan untuk membuka perniagaan berkonsepkan Restoran Rakyat 1Malaysia dan UKHWAH akan bertindak sebagai mentor kepada usahawan restoran itu,'' kata Mustapa Kamal.

n SASARAN

Mustapa Kamal memberitahu, UKHWAH mempunyai beberapa perancangan untuk memajukan lagi koperasi untuk kebaikan ahli-ahlinya.

Antaranya ialah memiliki hartanah bernilai RM300 juta dalam tempoh lima tahun akan datang.

Selain itu katanya, UKHWAH merancang untuk menubuhkan bank yang akan memberi kemudahan dana untuk ahlinya.

Perancangan turut dibuat untuk melebarkan sayap perniagaan UKHWAH ke luar negara termasuk membuka restoran di Mekah dan Madinah.

''Memang menjadi sasaran UKHWAH untuk meningkatkan martabat Melayu dalam bidang ekonomi,'' katanya.








SMK Bukit Payong sertai Pertandingan Menulis Surat Untuk PM


Sebahagian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong yang menyerahkan penyertaan Pertandingan Menulis Surat Untuk Perdana Menteri di Besut, semalam.

BESUT 7 Mac - Berbekalkan hasrat untuk menyumbang idea bernas dan praktikal mendorong seramai 210 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong (SMKBP) dekat sini menyertai Pertandingan Menulis Surat Untuk Perdana Menteri.

Hari ini, satu majlis ringkas diadakan di pekarangan dewan sekolah tersebut bagi menyerahkan penyertaan yang diketuai oleh Fatin Najihah Che Jusoh kepada pengetua sekolah, Hamidah Mohamad untuk dihantar kepada penganjur.

Pertandingan anjuran bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Pos Malaysia Berhad, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Kementerian Pelajaran itu bermula 29 Disember lalu dan berakhir pada 19 Mac ini.

Guru Penyelaras, Mohd. Hussni Mohamad Suhaimi berkata, pihak sekolah memberi masa tiga minggu untuk mengumpul penyertaan dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu dan juga Panitia Sivik dan Kewarganegaraan sekolah.

Katanya, pelajar dari Kelas Rancangan Khas (KRK) turut menunjukkan komitmen tinggi menyiapkan surat tersebut. Akhirnya sehingga tempoh yang diberikan, lebih 200 pelajar berjaya menyiapkan surat mereka.









Lebih 78 peratus daripada calon SPM 2009 dapat sijil

11/03/2010 10:36am

PUTRAJAYA 11 Mac – Seramai 78.15 peratus atau 364,046 daripada 465,853 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 berjaya mendapat sijil.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, daripada jumlah itu, seramai 199,155 calon lulus semua mata pelajaran dan seramai 214 calon memperoleh gred tertinggi atau A dalam semua mata pelajaran.

Bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 3009 pula, seramai 3,138 daripada 6,920 calon lulus dalam sijil itu.



PM minta MCA selesai segera krisis dalaman parti

11/03/2010 3:00pm

PUTRAJAYA 11 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu melihat MCA dapat menyelesaikan krisis dalaman parti dengan secepat mungkin bagi mengukuhkan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri mahu penyelesaian dilakukan sama ada melalui pemilihan baru atau sebarang bentuk persefahaman di kalangan para pemimpin MCA sendiri.

``Ini selagi mana (penyelesaian) membolehkan MCA menjadi parti berwibawa untuk mewakili masyarakat Cina dan Malaysia secara keseluruhannya.

``Saya harap (masalah) dihentikan secepat mungkin dan saya fikir masalah politik tidak seharusnya berlarutan kerana fokus utama kita adalah memberikan perkhidmatan kepada rakyat,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (Pemudah) di sini hari ini.
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan