OUR PRIME MINISTER

OUR PRIME MINISTER
Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

SATU MALAYSIA

SATU MALAYSIA
"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Isnin, 22 Februari 2010

Pelajar cemerlang UPSR, PMR dirai


AMPANG 11 Feb. - Sebanyak 574 pelajar di sekitar Parlimen Pandan yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diraikan, baru-baru ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 124 daripada mereka adalah penerima anugerah UPSR manakala 268 lagi anugerah PMR.

Seramai 181 lagi murid adalah dari sekolah-sekolah jenis kebangsaan di kawasan Ampang.

Pelajar dari 15 buah sekolah itu diraikan oleh Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat di pekarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Pandan.

Para penerima anugerah itu terdiri daripada 124 pelajar UPSR dan 268 pelajar PMR - kedua-duanya dari sekolah-sekolah di kawasan Pandan sementara 181 lagi pelajar UPSR dari sekolah-sekolah jenis kebangsaan di kawasan Ampang.

Program itu bertujuan menghargai usaha mereka, di samping menyuntik semangat dan motivasi supaya mereka terus cemerlang pada masa hadapan.

Anugerah cemerlang tersebut disampaikan oleh Setiausaha Peribadi kepada Tee Keat, Allan Tan semalam.

Salah seorang penerima, Raja Ahmad Naquiddin berkata, inisiatif yang dilakukan oleh Tee Keat ibarat penyuntik semangat kepadanya untuk melipatgandakan usaha bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di masa hadapan.

"Saya akan menjadikan pemberian anugerah ini sebagai pendorong untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam hidup.

"Saya juga berharap majlis sedemikian rupa akan dapat diadakan saban tahun bagi memberikan motivasi kepada para pelajar untuk berusaha dengan lebih tekun," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar, Ho Wen Hui, terkejut apabila diberitahu akan menerima anugerah cemerlang daripada Tee Keat.

Dia menyifatkan anugerah itu sebagai hadiah istimewa kepada dirinya sempena Tahun Baru Cina.

Wen Hui turut menyifatkan inisiatif murni itu sebagai amat baik dalam meningkatkan semangat dan keyakinan pelajar-pelajar.

Di akhir majlis tersebut, jelas terpancar wajah gembira para pelajar-pelajar dan ibu bapa. Ia satu petanda bahawa segala keringat dan jerih-payah yang dicurahkan oleh mereka selama ini, akhirnya berbaloi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan