OUR PRIME MINISTER

OUR PRIME MINISTER
Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

SATU MALAYSIA

SATU MALAYSIA
"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Rabu, 26 Mei 2010

Bekas ADUN Paya Jaras meninggal dunia


26/05/2010 2:49pm

KUALA LUMPUR 26 Mei – Bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Paya Jaras, Datuk Sulaiman Samad, 58, meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas di rumahnya di Bukit Rahman Putra di sini pagi ini.



Pemuda UMNO Perak desak Vell Paari minta maaf

26/05/2010 12:52pm

IPOH 26 Mei - Pergerakan Pemuda UMNO Perak hari ini mendesak anak Presiden MIC, S. Vell Paari meminta maaf secara terbuka kepada Presiden UMNO berikutan tuduhan liar yang dibuat terhadap parti itu.

Sambil menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak `masuk akal', ketuanya, Maslin Sham Razman berkata, permohonan maaf perlu bagi menjamin perpaduan di kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN).

Tegas beliau, Vell Paari tidak sepatutnya menuding jari kepada orang lain dengan masalah kepimpinan yang dihadapi MIC, sebaliknya membantu menyelesaikan kemelut tersebut dengan cara lebih bijak.

``Pemuda UMNO Perak kesal dengan kenyataan Vell Paari yang jelas tidak menghormati semangat perpaduan di kalangan parti komponen BN selama ini,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.




010 2:50pm

KUALA TERENGGANU 26 Mei - Sebuah pesawat ringan jenis Diamond 40 yang dipandu seorang pelatih juruterbang bersama jurulatihnya mendarat cemas di Pantai Tok Jembal dekat sini hari ini setelah enjin pesawat itu mengalami masalah.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira-kira 10.45 pagi itu, pelatih berkenaan, Shafiq Haizam Mohd Kamil, 19, dan jurulatihnya yang merupakan warga Myanmar Naing Myint Khine, 46, daripada Asia Pacific Flight Training di Kota Baharu, Kelantan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Shafiq Haizam yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan berkata beliau berlepas kira-kira pukul 8.11 pagi untuk menjalani rutin latihan biasa penerbangan dari Kota Baharu ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Terengganu.

"Sampai di LTSM, kami berpatah balik ke Kota Baharu dan ketika berada di ketinggian kira-kira 3,000 meter dari paras laut di kawasan Batu Rakit, enjin pesawat tiba-tiba mati.

"Saya cuba menghidupkan semula enjin pesawat berkenaan namun gagal menyebabkan penerbangan itu diambil alih oleh jurulatih sebelum kami mendarat cemas di kawasan Pantai Tok Jembal,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan